- Apakah perkhidmatan yang ditawarkan oleh PMIKadKahwin .com?
Kami di PMIKadKahwin.com menawarkan perkhidmatan tempahan kad untuk majlis perkahwinan atau lain-lain majlis dengan rekabentuk terkini dikeluarkan terus dari kilang dengan harga yang termurah. Selain itu kami juga ada menyediakan produk tambahan seperti kotak cenderahati, beg kertas, pelekat@tag, banner@bunting dan pelbagai lagi juga terus dari kilang.
- Mengapakah harga kad di PMIKadKahwin.com lebih murah?
Harga kad yang ditawarkan kami di PMIKadKahwin.com lebih murah kerana kad kami dikeluarkan terus dari kilang secara besar-besaran. Jadi kos percetakan dapat dikurangkan dan harganya bersesuaian dengan harga borong (kos percetakan kad yang dimaksudkan adalah untuk rekebentuk kad sahaja, tidak termasuk isi dalam)
- Apakah yang dimaksudkan dengan kad Do-It-Yourself?
Kad Do-It-Yourself atau D.I.Y. adalah satu perkhidmatan dari kami dimana anda boleh membeli kad kosong yang disediakan oleh PMIKadKahwin.com. Anda boleh memililh mana-mana rekabentuk kad yang tertera di laman web dan membuat cetakan isi dalam sendiri dirumah atau dimana-mana mengikut citarasa anda. Ini lebih menjimatkan kos anda dan pasangan.
- Bagaimanakah caranya untuk membuat tempahan dengan PMIKadKahwin.com?
Anda boleh membuat tempahan dengan melayari laman web www.pmikadkahwin.com untuk mengisi borang tempahan atau KLIK DISINI untuk terus ke laman borang kami. Selain dari tempahan melalui laman web, anda juga boleh hubungi kami melalui email di
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambots. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk paparkannya
atau datang terus ke galeri kami seperti yang tertera di bawah:-
GALERI 1 No. 9, Persiaran Syahbandar, Pusat Bandar, 34200 Parit Buntar, Perak Darul Ridzuan NO TEL: +605 – 716 0589, NO FAKS: +605 – 7171 198, WAKTU OPERASI: 9.00pg – 6.00 ptg
GALERI 2 No. 19A Jalan Keli, Taman Kerian Permai, 34200 Parit Buntar, Perak Darul Ridzuan NO TEL / FAKS : +605 – 716 5589 , WAKTU OPERASI: 9.30pg – 6.30 ptg
- Adakah PMIKadKahwin.com adalah sebuah syarikat Bumiputera?
Benar. Syarikat kami adalah 100% Bumiputera. Segala sokongan anda kepada kami dalam memajukan lagi industri percetakan ini amatlah kami alu-alukan dan dihargai.
- Adakah harga tempahan untuk setiap kad yang tertera di dalam laman web adalah termasuk kos percetakan dan sampul?
Ya. Harga yang kami tawarkan untuk semua jenis kad di laman web adalah termasuk kos percetakan, kos ubahsuai isi kad, peta atau gambar dan juga kos untuk sampul putih. Semuanya adalah PERCUMA!
- Bolehkan di jelaskan mengenai jenis kertas yang digunakan untuk membuat kad?
Seperti yang tertera dilaman web kami, jenis kertas yang digunakan adalah seperti berikut:-
Art Card 230 gsm : Ketebalan adalah mengikut piawai kad, tekstur kad licin dan sedikit berkilat Simili Paper 140 gsm : Ketebalan kertas adalah 2 kali tebal dari kertas biasa, tekstur kertas juga sama seperti kertas biasa
- Adakah rekabentuk kad yang terdapat di laman web PMIKadKahwin.com boleh diubahsuai?
Tidak. Rekabentuk kad yang terdapat di laman web PMIKadKahwin.com terhad kepada rekabentuk sedia ada sahaja. Ini kerana kad ini dicetak terus dari kilang secara besar-besaran. Kecuali untuk isi dalam kad, pelanggan kami boleh menentukan tema isi dalam mengikut pilihan yang diberi atau boleh berunding dengan kami untuk tema yang berlainan dari pilihan yang sedia ada.
- Apakah jenis peta yang perlu saya hantar untuk tempahan?
Anda boleh menghantar sebarang bentuk jenis peta kepada kami samada melalui lakaran tangan, lakaran digital dari perisian komputer atau salinan peta dari kad kahwin lain yang sama lokasi dengan majlis anda. Tetapi pastikan peta anda mempunyai arah dan nama jalan serta nama bangunan atau tanda penting bagi memudahkan jemputan anda ke lokasi majlis. Anda boleh menghantar peta anda dalam apa jua format samada jpg, tiff, word atau gambar memlalui scan, kamera digital/telefon bimbit dll serta muat naikkan fail anda di borang tempahan yang disediakan di laman web kami.
- Adakah setiap rekabentuk tempahan yang telah dibuat akan disemak dahulu oleh pelanggan sebelum proses percetakan dijalankan?
Ya. Selepas kad siap didraf oleh staf kami, anda akan dihubungi samada melalui email/telefon untuk menghantar draf kad anda bagi membuat pengesahan dan tindakan selanjutkan. Kerjasama dari anda amatlah penting untuk memaklumkan sebarang perubahan atau pengesahan draf kami secepat yang mungkin supaya semua proses dapat berjalan dengan lancar.
- Adakah produk yang dikeluarkan oleh PMIKadKahwin.com hanya bertemakan untuk majlis perkahwinan sahaja?
Walaupun kebanyakan produk di PMIKadKahwin.com lebih bertemakan untuk majlis perkahwinan, terdapat juga beberapa produk yang boleh digunakan untuk lain-lain majlis selain dari majlis perkahwinan. Seperti contoh untuk kotak cenderamata, kotak-V, bunting dll juga boleh digunakan untuk majlis lain seperti majlis pertunangan, majlis Cukur Jambul, majlis sambutan hari lahir dan sebagainya.
- Berapa lamakah setiap tempahan siap diproses?
Setiap tempahan yang dibuat mengambil masa lebih kurang 1-2 minggu untuk siap diproses termasuk dengan penghantaran pos. Jadi anda perlu merancang masa yang sesuai untuk membuat tempahan dari tarikh majlis anda untuk mengelakkan dari kelewatan untuk mengedarkan kad.
- Adakah PMIKadKahwin.com menerima tempahan dari luar semenanjung Malaysia dan adakah harga kad juga berlainan?
Kami juga menerima tempahan dari luar semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak, Brunei, Singapura, Thailand mahupun dari Indonesia. Harga kad yang ditawarkan tetap sama seperti dilaman web dan tiada caj tambahan dikenakan.
- Berapakah kos penghantaran dan juga pembayaran untuk tempahan dari semenanjung dan luar semenanjung Malaysia?
Kami menghantar tempahan menggunakan perkhidmatan City Link. Semua pesanan akan dipos selepas pembayaran dibuat dan dijangka akan tiba 1 hari @ selewat-lewatnya 2 hari dari tarikh pos manakala penghantaran ke Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura pula akan mengambil masa 2-4 hari tertakluk pada tempat dan keadaan. Pembayaran boleh dibuat melaui Bank-In / Online Banking / Interbank Transfer ke bank Malaysia sahaja. Untuk maklumat mengenai perkhidmatan bank yang digunakan sila KLIK DISINI manakala kos penghantaran yang ditetapkan adalah seperti berikut:-
Ke Semenanjung Malaysia sahaja: RM 20.00 (sekali penghantaran) Ke Sabah, Sarawak, Brunei & Singapura: RM 15.00 per kg Lain-lain kawasan : akan dimaklumkan melalui tel / email
- Bolehkah saya mengambil terus tempahan di Galeri PMIKadkahwin.com tanpa menggunakan perkhidmatan penghantaran?
Boleh. Para pelanggan kami juga boleh mengambil terus tempahan di galeri kami. Tetapi pastikan anda maklumkan kepada kami semasa tempahan dibuat.
- Berapakah jumlah kuantiti paling minima kad yang boleh ditempah melalui PMIKadKahwin.com?
Jumlah kuantiti minima untuk setiap tempahan adalah bermula dari 300 keping dan ke atas. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.
- Adakah PMIKadKahwin.com juga membuka peluang kepada agen?
Ya. Kami juga mengalu-alukan penglibatan agen sebagai wakil sah untuk penjualan produk PMIKadKahwin.com. Untuk penghantaran katalog kad, sila hubungi terus wakil sah kami di nombor 012-4990777 (MOHD ALI) untuk maklumat lanjut.
*Jika ada sebarang pertanyaan lain atau anda mempunyai cadangan dan komen, sila emailkan kepada kami ataupun KLIK DISINI
|